|
| PENGENALAN |
|
Skim Takaful Percutian adalah produk yang direka khas bagi memenuhi keperluan individu yang memerlukan perlindungan untuk seisi
keluarga dan rumah yang ditinggalkan semasa bercuti.
Produk perlindungan jangka pendek ini menawarkan tiga pakej dengan sumbangan RM10.00, RM20.00, atau RM30.00 yang boleh dipilih
mengikut tempoh perlindungan yang diperlukan oleh peserta.
Produk ini mampu disertai oleh semua golongan dengan menawarkan perlindungan seisi keluarga dan isi rumah bukan sahaja untuk
percutian di musim perayaan malahan percutian keluarga pada bila-bila masa.
|
| SYARAT-SYARAT PENYERTAAN |
- Had umur penyertaan
- Peserta - 18 hingga 65 tahun
- Orang yang dilindungi - sehingga 65 tahun
- Pakej asas melindungi 5 orang iaitu peserta dan 4 lagi dinamakan yang mempunyai pertalian dengan peserta samada pasangan,
ibu-bapa dan anak kandung.
- Perlindungan kepada anak angkat dibenarkan dengan syarat disertakan dokumen rasmi daripada pihak yang berkenaan.
- Penambahan nama orang dilindungi dibenarkan terhad untuk anak sahaja.
|
| FAEDAH DAN KEISTIMEWAAN |
- Perlindungan komprehensif kepada diri dan ahli keluarga yang dinamakan.
- Sumbangan Takaful yang rendah dan mampu disertai oleh semua lapisan masyarakat.
- Tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan.
- Cara mudah penyertaan samada melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau di kaunter Cawangan Takaful Malaysia.
|
| KAEDAH PENYERTAAN |
Skim Takaful Percutian boleh disertai melalui salah satu cara berikut :
- Kaunter Cawangan Takaful Malaysia
- Peserta yang berminat menyertai produk ini boleh mengunjungi mana-mana kaunter Cawangan Takaful Malaysia dengan mengisi
Borang Cadangan dan Akuan dan membayar sumbangan tersebut.
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Peserta perlu menaip TAKAFUL CUTI<no.kad pengenalan> <nama> dan hantar ke 32728 (DAPAT).
- Mesej pengesahan akan dihantar dan pihak Takaful Malaysia akan menghubungi peserta untuk mendapatkan butiran lengkap.
|
| TERMA DAN SYARAT |
- Setiap peserta dan orang yang dilindungi hanya layak dilindungi di bawah satu sijil Skim Takaful Percutian bagi satu tempoh
perlindungan.
- Melindungi kandungan isi rumah yang ditimpa musibah kerosakan atau kehilangan akibat langsung daripada kebakaran dan kecurian sahaja.
- Notis pemberitahuan mengenai tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh kemalangan atau kehilangan
ke atas isi rumah yang dilindungi.
|
|
| PRINSIP MUDHARABAH |
|
Prinsip Mudharabah yang menjadi asas perjanjian memberi anda hak menikmati perkongsian keuntungan yang diperolehi dari aktiviti-aktiviti pelaburan
dan perniagaan Takaful Malaysia. Pada masa ini nisbah perkongsian ini ialah 60 : 40 antara Takaful Malaysia dan Peserta.
|
| MANFAAT YANG DISEDIAKAN |
Jadual : Skop Perlindungan dan Sumbangan Takaful.
| Perlindungan Kemalangan Diri |
Peserta |
Pasangan, Anak dan Ibu Bapa |
| Kematian Akibat Kemalangan |
RM10,000.00 |
RM5,000.00 |
Hilang Upaya Kekal Anggota Badan :
- Kedua Belah Tangan dan/atau;
- Kedua Belah Kaki dan/atau;
- Penglihatan Kedua Belah Mata dan/atau;
- Lumpuh Seluruh Anggota Badan
|
RM10,000.00 |
RM5,000.00 |
| Elaun Hospital (Maksima 30 hari) |
RM50.00 sehari |
RM25.00 sehari |
| Orang yang dilindungi |
5 orang termasuk Peserta |
| Perlindungan Isi Rumah |
Nilai Perlindungan |
Televisyen
Radio/Hi-Fi
Pemain VCD/DVD
Peti Ais
Mesin Basuh
Perabot Ruang Tamu
Penghawa Dingin
Kipas Angin
Ketuhar Gelombang Mikro
|
RM500.00
RM250.00
RM250.00
RM500.00
RM500.00
RM1,000.00
RM1,200.00
RM200.00
RM600.00
|
Nilai Perlindungan Maksima Keseluruhan RM5,000.00 |
Tempoh Perlindungan (Minima 15 hari dan Maksima 45 hari) |
|
Sumbangan Takaful *Duti Setem |
RM10.00 RM10.00 |
RM20.00 RM10.00 |
RM30.00 RM10.00 |
|
|
|
| **Sumbangan Tambahan Untuk Penambahan Orang Dilindungi |
|
| Penambahan 1 hingga 3 nama |
|
| Penambahan 4 hingga 6 nama |
|
|
* Peserta Skim Takaful Percutian akan dikenakan bayaran Duti Setem sebagai tambahan kepada sumbangan takaful.
** Tertakluk untuk sijil individu dan melindungi anak Peserta sahaja.
PERHATIAN :
- Sijil-Sijil Pelan Takaful adalah rujukan sah dan muktamad.
- Semua syarat dan terma yang termaktub di dalam sijil adalah terikat di sisi undang-undang.
- Sila baca dan teliti semua dokumen yang berkaitan untuk memastikan bahawa produk takaful ini menepati keperluan dan kemampuan anda.
- Pastikan anda menerima resit rasmi Takaful Malaysia atas setiap pembayaran yang dibuat.
|